Penyertaan Pertandingan Lagu Eurovision

Peserta yang layak termasuk Anggota Aktif EBU. Ahli aktif adalah mereka yang terletak di negeri-negeri yang berada di dalam Kawasan Penyiaran Eropah, atau negara anggota Majlis Eropah.[13]

Penyertaan sejak tahun 1956:
  •      Menyertai sekurang-kurangnya sekali
  •      Tidak menyertai, walaupun layak
  •      Masuk bertanding sebelum menarik diri
  •      Pernah bertanding sebagai sebahagian daripada negara lain dan tidak lagi sebagai negara berdaulat
  • Bandar-bandar yang menjadi tuan rumah kepada Eurovision.

    52 buah negara pernah bertanding dalam temasya ini, sekurang-kurangnya sekali.[14] Berikut merupakan senarai nama negara dan tahun pertama kali mereka menyertai:

    TahunNegara yang pertama kali bertanding
    1956Belgium, Perancis, Jermana, Itali, Belanda, Switzerland
    1957Austria, Denmark, United Kingdom
    1958Sweden
    1959Monaco
    1960Norway
    1961Finland, Sepanyol, Yugoslaviab
    1964Portugal
    1965Ireland
    1971Malta
    1973Israel
    1974Yunani
    1975Turki
    1980Maghribi
    1981Cyprus
    1986Iceland
    1993Bosnia dan Herzegovina, Croatia, Slovenia
    1994Estonia, Hungary, Lithuania, Poland, Romania, Rusia, Slovakia
    1998Makedonia Utara
    2000Latvia
    2003Ukraine
    2004Albania, Andorra, Belarus, Serbia dan Montenegro
    2005Bulgaria, Moldova
    2006Armenia
    2007Republik Czech, Georgia, Montenegro, Serbia
    2008Azerbaijan, San Marino
    2015Australiac
    a) Sebelum penyatuan semula Jerman pada tahun 1990 sering dipersembahkan sebagai Jerman Barat, bagi mewakili Republik Persekutuan Jerman. Jerman Timur (Republik Demokratik Jerman) tidak bertanding.b) Penyertaan "Yugoslavia" mewakili Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia, kecuali pada tahun 1992, yang mana mewakili Republik Persekutuan Yugoslavia. Negara ini dibubarkan pada tahun 1991/92 menjadi lima buah negara merdeka: Slovenia, Croatia, Macedonia, Bosnia dan Herzegovina serta Republik Persekutuan Yugoslavia. Republik Persekutuan Yugoslavia kemudiannya dikenali sebagai Serbia dan Montenegro pada tahun 2003—bertanding pada tahun 2004—sebelum berpecah pada tahun 2006, menjadi dua buah negara berbeza: Serbia dan Montenegro; kedua-duanya membuat penampilan pertama pada tahun 2007, dimana dimenangi oleh Serbia.c) Penyertaan Australia hanya untuk sekali sebagai sambutan ulang tahun 60 tahun pertandingan ini melainkan mereka memenangi pada tahun 2015 bagi mempertahankan kejuaraan mereka pada tahun berikutnya. Walau bagaimanapun, pada Mei 2015, dilaporkan bahawa Australia mungkin menjadi peserta tetap dengan merujuk kepada beberapa buah laporan Jon Ola untuk penyiaran Sweden.[15] Pada November 2015, EBU mengumumkan bahawa Australia akan kembali bertanding pada tahun 2016 dan akan menjadi peserta yang efektif dalam pertandingan ini.

    Rujukan

    WikiPedia: Pertandingan Lagu Eurovision http://www.ebu.ch/departments/television/pdf/Winne... http://www.ebu.ch/en/ebu_members/admission/index.p... http://www.ebu.ch/en/technical/trev/trev_291-edito... http://www3.ebu.ch/about http://escxtra.com/2015/05/21/australia-may-become... http://www.guinnessworldrecords.com/news/2015/5/eu... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://english.aljazeera.net/archive/2006/05/20084... //doi.org/10.1016%2F0378-8733(95)00253-k //doi.org/10.1177%2F000169939603900303